Assalamualaikum uolls. Akak harap uolls semua sihat walafiat dan sentiasa dalam perlindungan Allah. Hari ni akak nak kongsi cerita sikit dengan uolls. Akak ni suka sangat makan karipap. Tak kisah la karipap ayam ke daging ke ubi ke ikan ke yang nama karipap memang akak suka. Sebab apa akak ni 'taksub' sangat dengan karipap eh? Nak tahu tak sebab apa? Sebab... mak akak suka sangat buat karipap... Haha... itu je sebabnya. Mak akak kan kalau takde stok karipap dalam peti ais tu, memang dia akan terus ke pasar cari bahan untuk buat karipap. Kalau takde stok karipap dalam peti tu tak sah. Akak ni bulat sebab makan karipap la.. hehe... Tapi kan, akak bangga jugak la dgn mak... setiap kali akak bawak karipap ke sekolah bagi kawan2 akak makan mesti diorang cakap sedap... bukan kawan2 aje tau, cikgu2 pun cakap sedap. Hehehe... Syukur Alhamdulillah, nikmat Allah semua tu... Ha, satu lagi, kalau tetamu datang, mak akak akan hidangkan karipap untuk diorang. Hidang punya hidang, salah sorang tetamu kami dah fallen in love dgn karipap mak akak... Hehehe. siap tempah lagi. Syukur alhamdulillah... Mak akak kalau nak buat karipap, mesti dia akan ajak akak tolong dia. So... akak tadah la sikit 'ilmu' nak buat karipap ni... hehe... Sekarang ni akak nak kongsi dgn uolls resepi bonda akak... Cewahh, bonda bagai. Sebelum akak kongsi, akak nak jujur dulu... gambar kat atas tu sekadar gambar hiasan. Akak ambik dari Pak Cik Google... Tapi, resepi ni memang dari sifu akak... Hehehe. Ok, akak tak nak cakap banyak, nanti uolls naik bosan pulak. Bismillahirrahmanirrahim.... kita mula dgn Bismillah dulu, baru berkat. InsyaAllah sedap karipap uolls nanti. Ok, kita mula dengan kulit dulu ye, nanti kita belajar buat inti pulak.
Resepi Kulit Karipap
1 kg tepung gandum.
1 cawan (saiz sederhana besar) marjerin
Garam secukupnya
Air secukupnya.
Cara Buat Kulit Karipap
First, baca bismillah dulu.... then, masukkan tepung dalam loyang. After that, uolls masukkan marjerin dan garam. Pastu, masukkan air secukupnya. Jangan terlalu banyak. Nanti terpaksa uolls tambah tepung lagi. Pastu uolls uli sehingga sebati. Part meng-uli memang kena banyakkan bersabar ye uolls. Tapi, kalau selalu buat... takde masalah pun, sekejap je boleh siap. Ok, siap kulit karipap uolls. Mudah kan.
Resepi Unik Inti Karipap
3/4 biji ubi kentang dipotong dadu.
5 biji ubi keledek juga dipotong dadu.
Ayam/Daging dipotong dadu. (kecik2)
1 biji bawang besar dimayang.
1/2 cawan rempah kari.
Garam secukupnya.
Gula secukupnya.
Daun kucai.
Cara Masak Inti Karipap
First mesti bismillah dulu... Ok, panaskan minyak dalam kuali. Pastu bila minyak dah betul2 panas, masukkan bawang besar yang dimayang tadi. Goreng bawang tu sampai naik bau. Pastu, masukkan ayam/daging (nak campur pun boleh). Kacau sehingga masak ayam/daging tu, masukkan serbuk kari, garam dan gula. Kacau sehingga garing. Masukkan air secukupnya. Pastu, masukkan ubi kentang dan ubi keledek yang dah dipotong dadu tadi. Biarkan ubi-ubi tu masak dulu. Tunggu sehingga air kering. Tapi, kalau air dah kering, ubi belum masak, uolls kena tambah air lagi. Then, bila air dah kering, ubi pun dah masak uolls boleh tabur sedikit daun kucai. Then, kacau hingga sebati. Settle uolls punya inti.
Ok, kita ke step seterusnya. Step apa lagi? Step buat karipap la... ni baru kulit dengan inti yang siap. Ok, adunan tepung yang dah diuli tu, uolls gentel jadi bulat2 mcm bola ping pong. Pastu uolls tekan sikit dengan tapak tangan, then uolls gelek biar jadi lebar kulit karipap tu. Pastu, uolls bubuh la inti kat dalam tu. Lepas tu, lipat and 'jalin'kan kulit karipap tu. Yang ni ikut suka uolls nak guna alat dia ke nak guna tangan. Tapi, kalau akak guna tangan je jalin tu. Kalau mak akak yang jalinkan memang kemas, tapi kalau akak yang buat asyik kena bebel aje dengan mak. Mak cakap akak buat hodoh. Hmm... sedih akak. Tapi, never mind! Asal perut akak kenyang. Hehehe...
Ok, uolls... setakat ni je perbincangan kita. Good Bye uolls terima kasih sudi luangkan masa baca perkongsian akak yang tak seberapa ni... moga perkongsian akak ni bermanfaat untuk uolls... InsyaAllah... Selamat Mencuba dan Selamat Maju Jaya. Assalamualaikum....

