Friday, 2 December 2016



Hai uolls.. jom kita minum petang dengan pingat pisang hari ni.

Bahan.

Pisang.
Sagu.
Santan.
Gula melaka.
Garam.
Daun pandan

Cara-cara. 

Fisrt, masak santan dan gula melaka atas dapur. Then, masukkan sagu dan garam secukup rasa. Lepas tu, masukkan pisang. Jangan lupa masukkan daun pandan sekali. Ok, pingat pisang bersedia dingap. Hehehe. Ok uolls. Tata and Assalamualaikum.










Assalamualaikum uols.. hari ni akak nak share dengan uolls resepi ikan tongkol masak singgang versi Terengganu. 


Resepi Ikan Singgang Terengganu.

Ikan Tongkol
Air
Dua ulas bawang putih dipotong
Halia
Lengkuas
Cili api
Asam keping
Kunyit 
Garam dan gula secukup rasa


Fisrt, uolls masukkan air, bawang putih yang telah dipotong, halia (yang telah dihiris),  lengkuas ke dalam periuk. Then, masak atas dapur. Pastu, masukkan ikan tongkol. Kemudian, masukkan sekeping asam keping (Bagi rasa masam sikit) dan sedikit kunyit. Lepas tu, masukkan garam dan gula secukup rasa. Lepas tu, uolls masukkan cili api. Tunggu sampai mendidih. Siap untuk dimakan. Hehehe

















Assalamualaikum dan Selamat Tengahari uolls...

Ha... amacam? Meleleh tak liur tengok gamabr yang akak post hari ni. Hehehe...
 Macam biasa, ni hanya gambar dari Pak Cik Google aje... hehehe...

Hari  ni, akak nak share dengan uolls Resepi Nasi Dagang Terengganu... Wahhh... menarik perkongsian kita hari ni. Sape sini suka makan nasi dagang Terengganu? Jom usha resepi dengan akak... Akak guide uolls dari zero to hero... sebab akak ni anak jati Terengganu, so kena la pandai masak masakan Terengganu, cewahhh...  haha, meh kite blajo wat  nasik dagang.... kite wat sedak gitu, bak kate orang ganu 'jelighe...'

Ok, first kita belajar buat Nasi Dagang.

4 cawan beras siam
1 cawan beras pulut
Halia
segelas santan
1/2 Bawang merah (dihiris)
Garam dan gula secukup rasa
 Halba

Cara Buat Nasi Dagang

First, baca Bismillah... hehe.. baru jadi uolls punya Nasi Dagang. Mula2, masukkkan  4 cawan beras siam dan satu cawan beras pulut, beras direndam semalaman.  Kemudian kukus beras sehingga berwap, then kacau sehingga sebati. Second, kacau dengan air sejuk segelas. Then kukus kali ke dua,   Then, masukkan sedikit halba.Then uolls masukkan halia dan bawang yang telah dihiris. bile berwap sikit tu, uolls kacau dengan  santan pekat (yang telah dicampur dengan garam dan gula). Ok, kita teruskan step seterusnya.

Resepi Kuah Nasi Dagang 

 Ikan tongkol
Santan
 Lada jarum
Rempah nasi dagang       
Nisan (Gula melaka)
Garam
Lengkuas
Halia
Bawang putih
Bawang merah
Asam gelugur (asam keping)

                                                                                                                                                                                       

Resepi Acar 

3 Batang Timun 
1 batang lobak merah
1 biji lada besar
1 biji bawang merah
1/2 cawan cuka makan
1/2 sudu besar gula
1/2  sudu kecil garam  

Cara Buat Acar

Cara buat acar senang aje uolls. Petik cari jer boleh siap. Hihi tipu aje la... First uolls potong timun degan lobak merah. Uolls potong panjang2. Then, potong lada bentuk serong. Pastu, bawang merah tu uolls hiris macam biasa laa.. Then, masukkan cuka, garam, gula dalam mangkuk. Then, masukkan bahan yang dipotong tadi ke dalam mangkuk tersebut. Ha... siap uolls punya acar. Mudah aje kan?

















Sunday, 30 October 2016


      Assalamualaikum uolls. Akak harap uolls semua sihat walafiat dan sentiasa dalam perlindungan Allah. Hari ni akak nak kongsi cerita sikit dengan uolls. Akak ni suka sangat makan karipap. Tak kisah la karipap ayam ke daging ke ubi ke ikan ke yang nama karipap memang akak suka. Sebab apa akak ni 'taksub' sangat dengan karipap eh? Nak tahu tak sebab apa? Sebab... mak akak suka sangat buat karipap... Haha... itu je sebabnya. Mak akak kan kalau  takde stok karipap dalam peti ais tu, memang dia akan terus ke pasar cari bahan untuk buat karipap. Kalau takde stok karipap dalam peti tu tak sah. Akak ni bulat sebab makan karipap la.. hehe... Tapi kan, akak bangga jugak la dgn mak... setiap kali akak bawak karipap ke sekolah bagi kawan2 akak makan mesti diorang cakap sedap... bukan kawan2 aje tau, cikgu2 pun cakap sedap. Hehehe... Syukur Alhamdulillah, nikmat Allah semua tu... Ha, satu lagi, kalau tetamu datang, mak akak akan hidangkan karipap untuk diorang. Hidang punya hidang, salah sorang tetamu kami dah fallen in love dgn karipap mak akak... Hehehe. siap tempah lagi. Syukur alhamdulillah... Mak akak kalau nak buat karipap, mesti dia akan ajak akak tolong dia. So... akak tadah la sikit 'ilmu' nak buat karipap ni... hehe... Sekarang ni akak nak kongsi dgn uolls resepi bonda akak... Cewahh, bonda bagai. Sebelum akak kongsi, akak nak jujur dulu... gambar kat atas tu sekadar gambar hiasan. Akak ambik dari Pak Cik Google... Tapi, resepi ni memang dari sifu akak... Hehehe. Ok, akak tak nak cakap banyak, nanti uolls naik bosan pulak. Bismillahirrahmanirrahim.... kita mula dgn Bismillah dulu, baru berkat. InsyaAllah sedap karipap uolls nanti. Ok, kita mula dengan kulit dulu ye, nanti kita belajar buat inti pulak.

Resepi Kulit Karipap

1 kg tepung gandum.
1 cawan (saiz sederhana besar) marjerin
Garam secukupnya 
Air secukupnya. 

Cara Buat Kulit Karipap

First, baca bismillah dulu.... then, masukkan tepung dalam loyang. After that, uolls masukkan marjerin dan garam. Pastu, masukkan air secukupnya. Jangan terlalu banyak. Nanti terpaksa uolls tambah tepung lagi. Pastu uolls uli sehingga sebati. Part meng-uli memang kena banyakkan bersabar ye uolls. Tapi, kalau selalu buat... takde masalah pun, sekejap je boleh siap. Ok, siap kulit karipap uolls. Mudah kan.

Resepi Unik Inti Karipap

3/4 biji ubi kentang dipotong dadu.
5 biji ubi keledek juga dipotong dadu.
Ayam/Daging dipotong dadu. (kecik2)
1 biji bawang besar dimayang. 
1/2 cawan rempah kari.
Garam secukupnya. 
Gula secukupnya.
Daun kucai.

Cara Masak Inti Karipap

First mesti bismillah dulu... Ok, panaskan minyak dalam kuali. Pastu bila minyak dah betul2 panas, masukkan bawang besar yang dimayang tadi. Goreng bawang tu sampai naik bau. Pastu, masukkan ayam/daging (nak campur pun boleh). Kacau sehingga masak ayam/daging tu, masukkan serbuk kari, garam dan gula. Kacau sehingga garing. Masukkan air secukupnya. Pastu, masukkan ubi kentang dan ubi keledek yang dah dipotong dadu tadi. Biarkan ubi-ubi tu masak dulu. Tunggu sehingga air kering. Tapi, kalau air dah kering, ubi belum masak, uolls kena tambah air lagi. Then, bila air dah kering, ubi pun dah masak uolls boleh tabur sedikit daun kucai. Then, kacau hingga sebati. Settle uolls punya inti. 

Ok, kita ke step seterusnya. Step apa lagi? Step buat karipap la...  ni baru kulit dengan inti yang siap. Ok, adunan tepung yang dah diuli tu, uolls gentel jadi bulat2 mcm bola ping pong. Pastu uolls tekan sikit dengan tapak tangan, then uolls gelek biar jadi lebar kulit karipap tu. Pastu, uolls bubuh la inti kat dalam tu. Lepas tu, lipat and 'jalin'kan kulit karipap tu. Yang ni ikut suka uolls nak guna alat dia ke nak guna tangan. Tapi, kalau akak guna tangan je jalin tu. Kalau mak akak yang jalinkan memang kemas, tapi kalau akak yang buat asyik kena bebel aje dengan mak. Mak cakap akak buat hodoh. Hmm... sedih akak. Tapi, never mind! Asal perut akak kenyang. Hehehe... 

Ok, uolls... setakat ni je perbincangan kita. Good Bye uolls terima kasih sudi luangkan masa baca perkongsian akak yang tak seberapa ni... moga perkongsian akak ni bermanfaat untuk uolls... InsyaAllah... Selamat Mencuba dan Selamat Maju Jaya. Assalamualaikum.... 













Assalamualaikum uolls... hari  ni akak nak share cara buat puteri mandi dengan korang. Ha? Puteri mandi? Apa tu? Gatalnya nak tengok orang mandi... Eh, bukanlah. Puteri mandi ni kuih tempatan yang diwarisi sejak zaman berzaman. Cewah... hahaha. Ok, akak tak nak taip panjang-panjang... uolls boleh tengok sendiri caranya dalam video ni. Nanti bulan puasa nanti boleh la buat untuk uolls punya family. Ok bye uolls... Selamat Maju Jaya. Selamat Mencuba dan Selamat Menjamu Selera. Sekian, wassalam.

Tuesday, 18 October 2016


Assalamualaikum semua dan Selamat Malam akak ucapkan. Malam ni, akak rasa nak cuba share dengan uolls resepi Butir Nangka. Sebelum tu, akak nak jujur sikit. Gambar kat atas tu adalah gambar ciplak. Hehe... jangan marah ya. Sini akak nak kongsi resepi paling tip top untuk uolls cuba buat Butir Nangka. Tapi, sebelum tu... meh akak ceritakan sikit tentang Butir Nangka. Butir Nangka merupakan makanan tempatan Malaysia, khususnya Pantai Timur, kalau tak silap akaklah. Ok, akak tak nak cerita panjang2, nanti uolls naik meluat pulak. >_< . Disebabkan akak lebih expert buat kuahnya, so... akak akan kongsikan resepi kuah butir nangka dulu. Mudah je uolls, semudah A,B,C. Petik jari dah siap. Eh, siapa kata! Takkan petik jari aje dah siap kot. Hehe... jangan marah. Why so serious?

Resepi Kuah Butir Nangka.
2 cawan santan sederhana pekat.
2 sudu kecil halba.
1 helai daun pandan.
Gula dan garam secukupnya. (Yang ni bahan paling wajib uolls).

Ok, fisrt. Masukkan 2 cawan santan ke dalam periuk dan panaskan. Apabila mendidih, uolls masukkan daun pandan yang telah dibasuh ke dalam santan. Ingat ! Daun pandan tu mesti simpul dulu yer... Then, uolls masukkan halba, gula dan garam secukupnya. Gula dan garam ni uolls mesti kena pandai anggarkan sendiri. Kalau banyak uolls punya kuah, so, letakla lebih sikit gula dan garam tu. Tapi! Uolls mesti ingat, kuantiti garam JANGAN MELEBIHI gula yer! Kalau gula satu sudu, garam kena 1/2 sudu. So, kita pergi step seterusnya.

Resepi Butir Nangka.

Beras pulut.
Air daun pandan. (Untuk pewarna hijau uolls).
Garam.

Ha... simple kan bahan2 dia. But, jangan mimpi di siang hari. Step nak buat ni memerlukan kesabaran yang tinggi uolls. Ala... sebenarnya, tak susah pun. Let's go bebeh.

Fisrt uolls, masukkan 3-4 cawan beras pulut. Then, uolls masukkan air daun pandan tadi. Sebenarnya, tak kisah pun uolls nak warna hijau ke pink ke biru ke... yang tu uolls kena guna pewarna la... Kalau uolls nak warna putih je, uolls cuma ganti air daun pandan tu dengan air kosong. Tapi, takde seri la uolls punya butir nangka nanti. Lagipun, function air daun pandan ni adalah untuk menaikkan aroma uolls punya butir nangka. Then, step seterusnya, uolls masukkan garam secukup rasa. Lepas tu, ha.... part ni, uolls kena banyak bersabar. Uolls tunggu apa lagi? Gentel la jadi bentuk macam butir nangka. Hahaha... ops, sorry. Ok, bila dah siap bentukkan adunan ni, uolls kena rebus dulu dalam air. Eh, dah nama pun rebus, mesti la dalam air. Takkan rebus dalam tepung pulak. Heee... Relaks uolls. Kita enjoy! *Tetiba... Ok, macam mana nak tahu dia masak atau tidak uolls tanya la.... hey, butir nangka! kau dah masak ke belum? Hahaha... macam dunia khalayan je bercakap dengan makanan. Just kidding uolls... peace. Ok, akak serius... kalau butir nangka dah terapung that's means dia dah masak la tu... so, uolls boleh angkat dan tapis. Then masukkan ke dalam kuah. Kalau uolls nak makan panas2 pun boleh, kalau uolls nak makan sejuk2, uolls sejukkan dulu dalam peti selama 2 jam. So, step seterusnya? Apa? Apa lagi, ngap la.... hahaha. Tapi, jangan lupa, sebelum ngap tu, uolls baca Bismillah dulu.
K, Bye... Selamat Mencuba... ingat! Sebelum buat pun, kena mulakan dengan Bismillah.... insyaAllah jadi bro! Eh, sis! Hehehe... Dah jadi tu jangan lupa ucap alhamdulillah... Ok, chow... Hehehe...
Assalamualaikum dan salam sayang dari hakak. Mmmuaahh....

Tuesday, 11 October 2016

Hai... Assalamualaikum semua.
Selamat tengahari hakak ucapkan untuk uolls.
Ni blog hakak... jom follow.